EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Pelayaran
Sukan Pelayaran untuk perlumbaan atau regatta, bermaksud perlumbaan bot layar yang mempunyai reka bentuk dan spesifikasi sama untuk setiap kelas. Kemahiran dan kejayaan seseorang pelayar bergantung pada teknik pengendalian bot ketika menentang pihak lawan termasuk faktor-faktor mencabar yang lain seperti keadaan angin semasa, laut dan cuaca. Fizikal pelayar juga memainkan peranan yang penting dalam sukan ini, contohnya pelayar dengan tubuh bersaiz kecil dan ringan akan menghadapi kesukaran untuk berlayar dalam kelas bot yang memerlukan ketahanan fizikal dan kekuatan yang tinggi seperti kelas ‘Laser Standard’. Pelayar akan mengendalikan bot mereka menuju ke arah boya atau penanda yang ditetapkan. Mereka akan berlumba di dalam beberapa siri perlumbaan dan diakhiri dengan ‘Medal Race’ untuk menentukan juara keseluruhan. Pada Sukan SEA 2017, acara Pelayaran akan berlangsung di Kompleks Sukan Pelayaran Kebangsaan di Pulau Langkawi Kedah, yang terkenal dengan acara sukan pelayaran tahunan seperti Regatta Antarabangsa Langkawi dan pernah menjadi venue Kejohanan Remaja Dunia ISAF. Terdapat 14 acara iaitu tujuh bagi kategori lelaki, enam acara bagi kategori wanita dan satu acara bagi kategori campuran lelaki dan wanita. Bagi sukan yang mementingkan elemen semulajadi seperti angin dan laut, mereka yang berjaya akan menunjukkan kebolehan sebenar dalam pengendalian bot dan taktikal belayar.

venue

National Sailing Centre (Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan)
Lot 3662, Jalan Pokok Asam, 07000 langkawi Kedah, Malaysia