EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Ski Air & Wakeboard
SKI AIR Tiga disiplin dalam acara Ski Air ialah Slalom, Tricks dan Jumping. Slalom - setiap atlit perlu melakukan gerakan zig zag melepasi enam biji pelampung berbentuk bola. Kelajuan bot yang menarik atlit akan bertambah mengikut kategori (58kph untuk lelaki dan 55kph untuk wanita) di dalam pertandingan. Selain itu juga, apabila kelajuan telah mencapai tahap yang diberi, tali peluncur akan dipendekkan di setiap percubaan sehingga atlit tidak mampu melewati pelampung atau terjatuh. Pemenang akan dikira berpandukan berapa banyak pelampung yang di lewati oleh peluncur. Tricks - setiap atlit melakukan dua kali percubaan. Mata akan dikira dengan melakukan tricks yang dilakukan dalam masa 20 saat sahaja. Tricks yang menerima mata yang paling tinggi adalah yang paling susah seperti lompatan di ombak dan perbagai pusingan di udara. Atlit juga akan melakukan tricks dengan mengunakan kaki yang di letakkan di pemegang bagi melakukan aksi bagi mengumpul mata. Jump - matlamat ‘Jump’ adalah jarak lompatan yang dilakukan oleh atlit. Walau bagaimanapun, setiap kategori mempunyai kelajuan bot yang berbeza. Setiap atlit dibenarkan menambah kelajuan di setiap lompatan iaitu sebanyak 3 kali lompatan dengan menggunakan kelajuan yang rendah untuk lompatan pertama. Individual Overall - kesemua disiplin seperti Slalom, tricks dan Jump yang telah dilakukan oleh setiap atlit, tidak kira di dalam saringan atau pertandingan akhir. Pihak Juri akan mengambil mata yang paling tinggi bagi setiap disiplin. Setelah dicampur mata setiap disiplin, pemenang akan dikira berdasrkan mata tertinggi. WAKEBOARD Setiap atlit dalam disiplin ini membuat percubaan mengikut kebolehan dan keserasian masing-masing. Tidak ada markah atau mata khusus bagi setiap pergerakan atau percubaan yang dilakukan. Markah atau mata yang diberi oleh juri adalah berpandukan pada pergerakan yang dilakukan dan mempunyai nama khas bagi setiap percubaan tersebut. Markah atau mata juga diberi berpandukan kebersihan, ketinggian, kesukaran dan kreativiti percubaan yang dilakukan bagi setiap atlit.

venue

Water Sports Complex
Presint 6, Putrajaya