EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Luncur Ais
Luncur Ais ialah satu sukan terbaru dalam sejarah Sukan SEA. Acara ini bakal mencipta sejarah tersendiri dan juga menjadi legasi temasya Sukan SEA 2017 kerana buat julung kalinya acara sukan musim sejuk dipertandingkan pada temasya sukan musim panas. Dalam Luncur Ais, atlet akan meluncur dengan pantas mengikut rentak muzik yang telah dirancang dengan menggunakan kasut atau but khas. Luncur ais berirama memerlukan atlet melakukan beberapa pergerakan, putaran, lompatan dan elemen tertentu yang memerlukan disiplin dan latihan yang kemas. Luncur ais (Short Track Speed Skating) atau “Ice Racing” diadakan di atas trek bujur berukuran 111.2m di atas “rink” berukuran 30x60 m, sama dengan gelanggang hoki ais antarabangsa. Disebabkan selekoh pada trek bujur agak tajam, kelajuan luncuran diubah untuk mengekalkan kelajuan tertinggi dan kawalan di selekoh. Lapan (8) acara akan dipertandingkan iaitu dua (2) bagi acara luncur berirama lelaki dan wanita dan enam (6) bagi acara luncur ais (Ice Racing) iaitu disiplin 500m, 1000m dan luncur ais berganti-ganti 3000m lelaki dan wanita.

venue

EMPIRE CITY ICE ARENA
EMPIRE CITY ICE ARENA, EMPIRE CITY, DAMANSARA PERDANA