EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Golf
Matlamat golf ialah memukul bola menggunakan salah satu daripada 14 kayu ke dalam lubang di lapangan golf dengan jumlah pukulan seminima yang mungkin. Lapangan golf mempunyai sembilan atau 18 lubang dengan lazimnya Par 3, Par 4 dan Par 5. Setiap lubang mempunyai kawasan pemula dan kawasan hijau (putting green) tempat terletaknya lubang golf. Antara lubang-lubang tersebut, terdapat lapangan (fairway), semal (rough) dan pelbagai halangan menjadikan lapangan golf unik mengikut susun atur yang sendiri. Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, golf mempertandingkan dua kategori iaitu - individu dan berpasukan lelaki dan individu dan berpasukan wanita. Kedua-dua kategori akan berlangsung dengan format berbeza iaitu “Stroke Play” bagi acara individu dan “Match Play” bagi acara berpasukan. Bagi acara individu terdiri daripada 71 Par untuk 18 lubang dengan 3 pusingan. Pemain dengan jumlah pukulan paling rendah menjadi pemenang. Format acara berpasukan adalah tiga “Match Play” perseorangan lelaki dan dua “Match Play” perseorangan wanita. Penentuan bagi acara berpasukan ditentukan oleh tiga pemain terbaik bagi kategori “Stroke Play” Lelaki atau dua pemain terbaik bagi kategori “Stroke Play” Wanita dalam acara individu. Hanya lapan pasukan teratas layak ke acara berpasukan. Pemenang mendapat satu mata, all square ½ mata dan pemain yang kalah tidak akan mendapat sebarang mata. Sebanyak dua acara akan dipertandingkan pada KL2017 iaitu kategori individu (“Stroke Play” Lelaki dan Wanita) dan berpasukan (“Match Play” Lelaki dan Wanita).

venue

The Mines Resort & Golf Club
Mines Wellness City, Seri Kembangan, 43300 Selangor, Malaysia