EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Kriket
Kriket adalah permainan yang menggunakan kayu pemukul dan bola (bat-and-ball) yang dimainkan antara 2 pasukan dengan 11 pemain bagi setiap pasukan. Kriket dimainkan di padang bujur (oval) yang ditengahnya terdapat lapangan tengah (wicket) berbentuk segi empat tepat berukuran 22 ela panjang dengan satu set 3 kayu pancang (stumps ) di setiap hujung. Kedua-dua pasukan yang bertanding mengambil giliran untuk memukul dan cuba mengumpulkan sebanyak mungkin larian. Apabila satu pasukan akan memukul, pasukan kedua pula akan memadang. Fasa permainan ini dikenali sebagai pusingan (inning). Setiap inning akan tamat setelah 10 pemukul (batsman) berjaya dikeluarkan atau jumlah “over” telah dilengkapkan. Selepas itu, kedua-dua pasukan akan bertukar kedudukan dengan pasukan yang telah memadang pula akan mengambil giliran untuk memukul. Pasukan yang mengumpul larian terbanyak atau pasukan yang berjaya mengeluarkan kesemua 10 orang pemukul sebelum mereka melepasi sasaran larian adalah pemenang. Terdapat dua format dalam kriket iaitu “over” terhad seperti Twenty20 & 50 overs dan format “over” yang tidak terhad iaitu “Test” kriket. Format “over” terhad seperti Twenty20 (T20) & 50 overs akan berlangsung selama beberapa jam dengan setiap pasukan mempunyai had untuk membuat balingan (contohnya 20 overs - 120 balingan & 50 overs - 300 balingan). “Test” kriket yangdimainkan selama lima hari dengan “over” yang tidak terhad dan pasukan bermain dua inning dalam satu perlawanan. Secara tradisinya pemain berpakaian serba putih, tetapi dalam format “over” terhad, pemain memakai pakaian berwarna. Pertandingan terbesar kriket adalah ICC Cricket World Cup (50 overs) yang diadakan setiap empat tahun. ICC T20 Piala Dunia yang diadakan setiap dua tahun juga semakin mendapat sambutan dalam kalangan peminat kriket dunia.

venue

Kinrara Oval, Puchong
Malaysian Cricket Association, Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor