EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Bola Tampar
Permainan bola tampar merupakan sukan yang dimainkan oleh dua pasukan di atas gelanggang yang dibahagikan dengan sebidang jaring. Terdapat beberapa versi untuk keadaan-keadaan yang tertentu, yang bertujuan untuk menawarkan kecekapan dalam permainan ini untuk semua orang. Objektif permainan adalah untuk menghantar bola melintasi jaring bagi tujuan mematikan bola di gelanggang pihak lawan, dan untuk menghalang usaha pihak lawan melakukan perkara yang sama. Setiap pasukan mempunyai tiga pukulan untuk menghantar balik bola (tambahan kepada sentuhan hadangan). Bola dimainkan dengan satu pukulan servis melintasi jaring ke arah pihak lawan oleh pembuat servis. Rali diteruskan sehingga bola itu dimatikan di atas gelanggang pihak lawan, “keluar” atau apabila mana-mana pasukan gagal untuk menghantar balik bola itu dengan sempurna. Dalam permainan bola tampar, pasukan yang memenangi sesuatu rali akan mendapat satu mata (Sistem Mata Rali). Apabila pasukan yang menerima servis memenangi sesuatu rali, pasukan tersebut mendapat satu mata dan hak untuk melakukan servis. Pemain-pemain pasukan tersebut akan melakukan satu putaran kedudukan mengikut arah pusingan jam.

venue

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC)
Hall 11, No. 8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur