EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Pencak Silat
Silat merupakan seni tempur diri yang diamalkan di Kepulauan Melayu. Secara tradisinya, ia terkenal di Malaysia, Selatan Thailand, Singapura, Vietnam, Brunei, Filipina dan juga Indonesia. Silat adalah seni tempur Melayu yang dibahagi kepada dua kategori utama iaitu Silat Seni (Acara Seni) dan Tanding (Acara Tempur/Lawan). Keunikan Silat Olahraga adalah pada peraturannya, iaitu beberapa perintah asas seperti masa untuk setiap perlawanan, kawasan sasaran untuk menyerang pihak lawan dan titik pemarkahan bagi setiap kawasan yang telah diserang. Untuk perintah asas, “Wasit” atau pengadil akan mengeluarkan perintah “Sedia” yang membawa maksud bersedia. Seterusnya, beliau akan mengeluarkan perintah “Mula”, yang bermaksud mula, dan “gong” akan dipalu serta merta. Apabila wasit ingin menghentikan perlawanan, beliau akan memberi perintah “Berhenti”. Setiap kali pesilat terkeluar dari gelanggang, wasit akan menghentikan perlawanan dan membawa semula pesilat ke tengah gelanggang. Sekiranya pesilat berulang kali melangkah keluar gelanggang, terutamanya jika dia mengundur ke belakang, wasit boleh memberi mata penalti. Jika pesilat terus melakukan sedemikian, dua mata penalti akan diberi dan jika selepas itu pesilat masih terus melangkah keluar dari gelanggang, wasit boleh membuat keputusan menamatkan perlawanan dan mengisytiharkan pihak lawannya sebagai pemenang. Terdapat tiga pusingan perlawanan, dua minit bagi setiap pusingan, dengan rehat selama satu minit di antara setiap pusingan.

venue

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Hall 2, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia