EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Taekwondo
Taekwondo ialah seni bela diri berasal dari Korea dan kini menjadi satu fenomena di seluruh dunia dan telah berkembang menjadi acara pada Sukan Olimpik. Taekwondo menggabungkan sukan dengan pertempuran dan teknik mempertahankan diri. Taekwondo adalah seni mempertahankan diri paling popular di seluruh dunia dan diamalkan pengamal pelbagai golongan, daripada kanak-kanak hinggalah ke warga emas. Kedua-dua acara Kyorugi dan Poomsae akan pada di Sukan SEA 2017. Acara Kyorugi adalah pertandingan sparing di antara dua atlet. Acara Poomsae pula lebih demonstratif, acara pertempuran yang tidak agresif (non combative pattern event) di mana atlet perlu mempersembahkan Poomsae yang terpilih atau bentuk tertentu. Acara Kyorugi mempunyai tiga pusingan untuk dua minit pada setiap satu perlawanan, manakala setiap perlawanan poomsae adalah selama 30-90 saat. Terdapat 16 pingat emas yang akan dipertandingkan dalam taekwondo pada Sukan SEA ke-29 nanti iaitu Poomsae Individu (Lelaki dan Wanita), Poomsae Berpasukan (Lelaki dan Wanita), Poomsae Berpasangan (Campuran), Kyorugi bawah 54kg (Lelaki), Kyorugi bawah 58kg (Lelaki), Kyorugi 63kg (Lelaki), Kyorugi bawah 68kg (Lelaki), Kyorugi bawah 74kg (Lelaki), Kyorugi bawah 46kg (Wanita), Kyorugi bawah 49kg (Wanita), Kyorugi bawah 53kg (Wanita), Kyorugi 57kg (Wanita) dan Kyorugi bawah 62kg (Wanita).

venue

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE, HALL 1.