EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Boling Padang
Boling padang (lawn bowls) adalah sukan yang memerlukan pemain meleretkan bola agar berhenti pada bola yang lebih kecil dipanggil ‘jack’ atau ‘kitty’. Ia dimainkan di padang boling yang mempunyai permukaan rata dan kebiasaannya kawasan berbentuk segi empat. Kebiasaannya juga, acara ini dimainkan di padang (outdoor) (walaupun terdapat banyak tempat tertutup - indoor) dan permukaan padang tersebut adalah jenis rumput semula jadi atau rumput buatan. Padang tersebut dibahagikan kepada beberapa ‘rink’ yang juga dikelilingi oleh ‘ditch’ untuk menahan bol yang keluar dari padang dan satu “tebing” di mana penanda diletakkan untuk menunjukkan sudut-sudut dan garis pusat (centrelines) setiap ‘rink’. Sukan ini boleh dimainkan secara individu, berpasangan (pairs), bertiga (triples) atau berempat (fours). Bagi acara individu, setiap pemain perlu menggunakan empat bol manakala untuk acara berpasangan setiap pemain perlu menggunakan empat bol. Bagi acara bertiga, setiap pemain perlu menggunakan tiga bol dan bagi acara berempat, setiap pemain perlu menggunakan dua bol. Berdasarkan ‘Law of the sport of Bowls’, pemenang bagi satu acara individu adalah pemain yang pertama memperoleh 21 mata. Bagi disiplin lain (berpasangan, bertiga dan berempat) pemenangnya adalah bagi pasukan yang berjaya memperoleh mata yang tertinggi selepas 21 ‘ends’. Kebiasaannya untuk kejohanan tempatan, acara yang dipertandingkan hanyalah 15 dan 18 ‘ends’.

venue

National Lawn Bowls Centre, Bukit Kiara National Sports Complex
Lot 3959, Jalan 1/70 D, Bukit Kiara, 60000, Kuala Lumpur