EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
Olahraga
Olahraga merupakan himpunan pelbagai acara sukan yang melibatkan larian kompetitif, lompatan, balingan dan berjalan kaki. Saingan olahraga yang biasa dipertandingkan ialah trek dan padang, lumba lari lebuh raya, merentas desa dan lumba jalan kaki. Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), yang merupakan badan pentadbir olahraga dunia, mentakrifkan olahraga kepada lima cabang iaitu: trek dan padang, lumba lari lebuh raya, lumba jalan kaki, merentas desa dan larian bukit. Kesemua acara olahraga adalah acara individu kecuali lari berganti-ganti. Walau bagaimanapun prestasi atlet sering diselaraskan mengikut negara di kejohanan antarabangsa, dan untuk acara merentas desa kedudukan tamat atlet teratas dari setiap pasukan atau negara digabungkan bagi mengisytiharkan kemenangan sesuatu pasukan itu. Keputusan perlumbaan ditentukan oleh kedudukan penamat (atau masa yang dicatat), manakala acara lompatan dan melempar dimenangi oleh atlet yang mencatat ukuran yang paling tinggi atau paling jauh dalam satu beberapa siri percubaan. Cara pertandingan yang ringkas dan tidak memerlukan peralatan yang mahal menjadikan acara olahraga salah satu sukan yang biasa dipertandingkan di peringkat dunia. Kebanyakan acara olahraga adalah sukan individu, kecuali lari berganti-ganti dan pertandingan yang menggabungkan prestasi atlet untuk skor pasukan, seperti merentas desa.

venue

NATIONAL STADIUM, KL SPORTS CITY, BUKIT JALIL
Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

Putrajaya