EN BM
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
PERIHAL
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Sejarah
Green Games
WAU Factor
Sukarelawan
Penaja
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Maklumat Berguna
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
MENU
  1. LAMAN UTAMA
  2. Sertai Kami
  3. Soalan-Soalan Lazim

Soalan-Soalan Lazim

Satu lagi sejarah penting akan terlakar pada tahun 2017 apabila negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 tahun dan menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017). Rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian dari detik sejarah ini. Jangan tunggu lagi! Wujudkan legasi anda sendiri dengan menjadi SUKARELAWAN untuk Kuala Lumpur 2017. Inilah peluang terbaik anda untuk bertemu dengan muka-muka baru, berkenalan dengan rakan-rakan baru, menjalinkan rangkaian dan berkongsi minat terhadap sukan dengan para sukarelawan yang lain. Saksikan keringat dan air mata atlet yang mengambil bahagian dan yang lebih penting lagi, marilah Bangkit Bersama dengan rakyat Malaysia dan Komuniti ASEAN dalam meraikan semangat kesukanan dan persahabatan!

Program Sukarelawan Kuala Lumpur 2017 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 11 negara di rantau Asia Tenggara ini. Program ini adalah di bawah seliaan Pengerusi Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (Malaysia Organising Committee – MASOC) yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan - YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin.

Sumbangan anda sebagai seorang sukarelawan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sukan ini. Sebagai seorang sukarelawan, anda adalah tulang belakang temasya ini. Oleh itu, anda diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas. Anda juga berperanan sebagai duta MASOC, terutamanya dalam penglibatan anda dengan peserta dari luar negara. Maka kami memerlukan anda untuk sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara.

Pertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 18 bidang tanggungjawab seperti yang dinyatakan di bawah. Secara keseluruhannya, MASOC menjangkakan untuk mengambil seramai 20,000 sukarelawan on-field di bawah program ini. Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan khas seperti pertiketan (ticketing) atau kawalan orang ramai (crowd control). Butiran mengenai tugasan ini akan dimaklumkan kepada sukarelawan yang terpilih pada peringkat seterusnya program ini.

    a) Tugasan Am
    b) Anti-doping
    c) ICT
    d) Keselamatan
    e) Kesihatan
    f) Pegawai Perhubungan
    g) Media
    h) Acara Pembukaan/ Penutup
    i) Pengangkutan
    j) Penginapan
    k) Penyampaian Hadiah
    l) Perubatan
    m) Promosi/ Pemasaran
    n) Protokol
    o) Makanan
    p) Lokasi/ Kemudahan
    q) Penterjemah
    r) Kawalan Keselamatan/ Lalu Lintas

Ia akan bergantung kepada tugasan yang akan dipertanggungjawabkan kepada anda nanti, tetapi kemungkinan besar anda akan ditempatkan di sekitar Lembah Klang.

Anda boleh menyatakan lokasi dan tanggungjawab pilihan anda. Bagaimanapun, MASOC berhak untuk meminda atau menukar lokasi dan tanggungjawab para sukarelawan.

Memegang kepada semangat sukarelawan dan hakikat bahawa Kuala Lumpur 2017 adalah satu temasya sukan yang tidak berlandaskan kepada keuntungan serta dianjurkan untuk merayakan semangat ASEAN dan masyarakatnya, tiada ganjaran kewangan yang akan ditawarkan untuk perkhidmatan anda. Apa yang kami tawarkan ialah peluang untuk anda menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah dan bermakna bagi tanahair kita ini. Namun begitu, kami ada menyediakan kemudahan asas, seperti di bawah:-

    a) Peruntukan bukan tunai bagi makanan harian
    b) Seluar dan kemeja-t rasmi sukarelawan
    c) Sijil penyertaan

Buat masa ini , MASOC tidak menyediakan penginapan dan pengangkutan kepada para sukarelawan.

Namun begitu, MASOC mengalu - alukan penyertaan dari mana - mana pihak yang berminat dalam menjalinkan bekerjasama dengan MASOC untuk menyediakan penginapan dan pengangkutan kepada para sukarelawan. Sekiranya jalinan kerjasama ini berjaya, MASOC akan memaklumkan kepada para sukarelawan berkaitan perkembangan terkini.

Sekiranya anda seorang rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas, anda boleh memohon untuk dipertimbangan sebagai seorang sukarelawan. Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

    a) Pengalaman yang berkaitan
    b) Latar belakang pendidikan/pekerjaan dan bidang kepakaran
    c) Faktor-faktor lain seperti kemampuan berkomunikasi, kebolehan bertutur dalam bahasa lain dan sebagainya.

Mudah sahaja untuk anda menjadi seorang sukarelawan. Anda hanya perlu mengikuti langkah- langkah di bawah:-

    a) Lawati www.kualalumpur2017.com.my
    b) Isikan borang pendaftaran
    c) Satu emel pengesahan akan dihantar setelah borang pendaftaran diserahkan

MASOC akan menyenarai pendek calon sukarelawan berdasarkan borang yang telah anda isi. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel untuk latihan.

Pemberitahuan pemohonan yang berjaya akan dihantar secara berperingkat. Kumpulan sukarelawan yang pertama akan dimaklumkan seawal bulan Julai 2016.

Pendaftaran akan hanya ditutup apabila temasya bermula pada Ogos 2017.

MASOC ingin menggalakkan penyertaan warga Malaysia seramai yang boleh. Walaupun sekiranya sasaran on-field sukarelawan seramai 20,000 telah dicapai oleh MASOC, masih banyak lagi peluang untuk anda membantu secara off-site, digital atau media sosial yang boleh menyumbang kepada kejayaan Kuala Lumpur 2017. Setiap rakyat Malaysia memainkan peranan dalam memastikan Temasya Sukan ini berlangsung dengan jayanya.

a. Kini, permohonan untuk menjadi sukarelawan telah dibuka untuk warga ASEAN dan Timor - Leste yang sedang belajar, bekerja dan menetap di Malaysia secara sah. Senarai di bawah adalah warganegara ASEAN dan Timor - Leste yang boleh mendaftar sebagai sukarelawan Kuala Lumpur 2017:


  • Malaysia
  • Singapore
  • Philippines
  • Myanmar
  • Thailand
  • Laos
  • Vietnam
  • Brunei
  • Cambodia
  • Indonesia
  • Timor - Leste

b. Sukarelawan perlu berumur 18 tahun dan ke atas.

c. Boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia selain bahasa ibunda mereka.

d. Memiliki passport dan permit pekerjaan/visa pelajar yang sah.

e. Perlu menghadiri latihan sukarelawan Modul Umum dan Khusus.

Ya. Kami akan menganjurkan dua sesi latihan untuk setiap sukarelawan dan kedua-dua sesi ini wajib dihadiri.

Butiran mengenai program ini akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Memandangkan Kuala Lumpur 2017 ini adalah satu temasya sukan yang besar, para sukarelawan diperlukan untuk berkhidmat sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jumlah bilangan jam perkhidmatan harian yang sebenar akan ditetapkan kelak dan ia adalah bergantung kepada tugasan yang diberikan kepada anda. Sebahagian sukarelawan mungkin diperlukan untuk bertugas pada waktu malam.

Walaupun anda boleh menyatakan pilihan tarikh anda untuk berkhidmat sebagai seorang sukarelawan, anda tidak boleh memilih untuk bertugas bersama kenalan anda kerana tugasan dan tanggungjawab yang akan diberikan kepada anda mungkin berbeza dengan mereka.

Ya. MASOC akan mengeluarkan surat yang berkenaan apabila tiba masanya setelah pemilihan sukarelawan selesai dibuat.

a) Kami hanya menerima sukarelawan berumur 16 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2016, sukarelawan di bawah umur 18 tahun pada 1 Januari 2016 perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga

b) Bagi pendaftaran sukarelawan di bawah umur, anda perlu menyertakan surat kebenaran yang lengkap diisi dan ditandatanga ni oleh ibu bapa atau penjaga.

c) Surat kebenaran boleh didapati didalam masa terdekat.